Monday, July 14, 2008

mee kari

last weekend kawan nzm datang, so puas fikir la nak masak aper. called my mom dia kata masak la mee kari, tak remeh. so, i decided nak buat mee kari. bila pergi pasar besar (1st time tu beli grocery kat pasar basah mcm tu!) tiba2 jadi rambang mata tengok macam2 ada kat pasar..daripada nak beli skit2, terbeli byk benda (tp mmg utk makan pun)..bila nampak salad je, tiba2 fikiran jadi..'eh, masak nasik ayam pun best gak..tp kang nak buat kicap la, sambal la..errr..tak jadik la..' hehehe. nak buat benda yg simple, takyah lama2 kat dapur. bila dah balik rumah, buat cuci & bersih & siang aper2 yang patut, sambil masak..last2 ended up 3jam lebih kat dapur! fuh, penat. so, here's my resepi mee kari yang sempoi...mmg sempoi la mee kari aku haritu.

utk 4-5 org mkn. time serving : 30-1hr (depends tahap kecekapan & kepantasan)

#2 paket kecik kari daging (larutkan dalam air supaya jadi paste, tp buat cair skit)
#bunga lawang
#kayu manis
#buah pelaga 2-3 biji
#bawang besar 1 biji
#bawang putih 3-4 ulas
#halia 1-2 inci (ikut suka la)
#santan 3/4 to 1 cup (jgn byk sangat nnt hilang rasa kari)
#kentang potong dadu (ada org tak suka letak kentang)
#ayam/daging potong dadu. tapi kalau ada kerang pun best gak (my fav!!). fish ball also can.
#sayur sawi
#bawang goreng (ni mesti ada!)
#garam secukup rasa
#2paket mee

note: better not to put so many things dalam kari, tak rasa manis daging/seafood. serabut pun ye!hehehe

then whats next?

tumbuk bawang2 sampai lumat atau blend je bawang2 tu. panaskan minyak (minyak jgn byk sangat, nanti penuh minyak je kuahnyer..tak best. kalu terlajak tu, kaup je balik minyak masuk dlm botol..hehe)
pastu tumis bawang2+halia..kalau nak campur skali rempah2 pun ok gak.

bila nak wangi,

masukkan paste kari tu dan tumis sampai org kata naik minyak?mcm tu la. tumis la dalam 5 minit ker, lebih 5min pun ok. kena jaga la jangan hangus, so api dapur jgn besar sgt.kalu mcm kering tambah air skit. then tambah la air lagi, letak skit2 dulu, takut terlajak taruk nnt cair la kari.

masukkan kentang dulu, bila dah empuk skit masukkan la rencah2 lain ayam/daging or what eva u wanna put tu. then masukkan santan dan garam secukup rasa. kacau2 skit jgn bagi santan pecah. api kecik tau..then biar la masak sampai kentang empuk. (macam mana nak tau empuk? cucuk je dgn grafu,kalu senang cucuk maknenya dah empuk la). kentang dah empuk, tutup la api gas.

mee tu what i did was..letak dalam tangguk yg air that can pass tru,bawah tangguk tu tadah dengan besen yg besar dari tangguk, then masak air panas, carefully tuang air panas kat mee tu..rendam 3-4 second sambil goyang2 kan skit tangguk tu, then toss kan la mee tu.

sawi tu potong kecik & celur sampai layu skit (jgn layu sangat! habis zatnya)

taraaaaa.. dah jadik la mee kari

then serve la kat pinggan&mangkuk korang yg fancy2 terperap kat almari tu..hehehe..

kalau nak lagi grand lagi vogue, ni benda2 yg u all boleh sedia sebagai rencah tambahan..
#tahu kembang/tauhu pelampung
#taugeh
#terung goreng potong kecik2 (nih stail mee kari cina..yum yum)
#cili potong

cuba la try test! :>

2 comments:

Janggeltrekker said...

Wah nyum..nyum...mee kari..tapi aku suka lagi kalau bihun....

beautifulLIFE said...

jom la geng kita plak buat potluck!makan ramei2..ko bawak bihun.heheheh